Renungkan Bersama

|
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan
.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid
sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik-baik amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat , Insya - Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid-masjid maupun disurau-surau.Amin.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak
5 kali sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim Alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu..
begitulah kelebihannya yang Allah beri.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidah kamu ketika maut menghampirimu."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang
Islam kita wajib menghormati azan - banyak fadhilatnya . Jika mendengar lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan
kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. "
yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan
dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah
kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "
Lailahaillallah. "
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin. Amin. Amin Yarabbal 'Alamin .."

0 comments: