warkah darinya

|

Amri nama yang terukir indah dalam hatiku.percintaan ku bermula daripada dirinya.Kisah cinta yang terindah “tattoo ur name across my heart” bak kata beyonce..ketika aku masih bersama dengan dirinya,bagaikan bunga yang mekar di awal pagi mengikut rentak cahaya matahari yang menyinari alam.cinta yang telah dicurahkan kepadaku amatlah membuat ku terapung di udara.Cinta nya tak dapat diganti oleh sesiapa pun.Kerna cintaya nya sentiasa membuat ku menyintai dan sayang kepadanya selalu.Saat yang paling indah adalah sentiasa dekat kepadanya dan dalam dakapan dirinya.walaupun kisah itu telah pun berlalu,namun aku dan dia sama seperti dahulu kala,cintanya tak pernah kurang sedikit pun.

andai ku dapat ulang ke masa lalu,tidak kan ku melepaskan nya daripada hidupku,tapi malangnya,kerna memang ditakdirkan aku menerima hukuman ni,aku rela menerimanya walaupun sakit di dalam hati,tiada siapa pun yang tahu..aku ingin kan cintanya dahulu,sentiasa di dalam hatinya.kerna aku tahu dia menyintai orang lain dan bukannya aku,aku hanya lah bagaikan patung peluk baginya.aku sentiasa menanggung kesakitan ini hari demi hari,aku tetap tabah menghadapinya kerna aku memang sayang akan dirinya selalu.

Resah,yang ku ubah dalam kata,melukiskan kesunyian,tanpa engkau aku tak mengerti erti nya kasih sayang,tanpa cintamu aku resah,aku bagaikan kosong.tak tahu aku hidup ini untuk siapa dan kasih sayang aku akan curahkan kepada siapa?aku ingin bagi segalanya kepadamu amri,tetapi aku tak mampu melakukan itu semua,andai ku dapat memetik bintang yang menyinari malam,akan ku bagikan kepadamu untuk membuktikan bahawa aku sangat mencintai dirimu.walaupun susahnya untukku melupakan mu,kerna kau ku cintai selalu,tapi sayang kau dah ada yang berpunya.mengapa ini semua,harus berlaku,apakah ini semua kerna diriku.sedangkan aku hanyalah watak dalam hidup mu,tak sanggup untukku melepaskan m u, kau ibarat pelangi selepas hujan membesahi bumi,begitu indah sekali bagi ku..

Aku umpama orang yang terperangkap dalam gelap gelita,tak tahu mana arah untukku pergi,aku hanyalah manusia biasa yang tak mempunyai sakti untuk membuatkan dirimu kembali kepadaku.andakan kau suruh ku pergi meninggalkan mu,tak dapat ku turutkan kerna aku begitu sayang kepadamu

Setelah ku fahami,aku bukan lah yang terbaik yang ada di dalam hatimu,ternyata dirinya untukkmu bukannya diriku,maafkan aku,bila ku menjadi bisu kepada dirimu,hatiku ingin mengerti kamu,walau ku masih mencintai mu,aku rela menjadi orang ke dua dalam hidupmu dan ku ingin kau menyanjungku seperti dahilu,walaupun susah untuk kau menerima ku dalam keadaan ini,tapi hanya ingin kau tahu bahawa aku mencintai dirimu sahaja,takkan ada lagi peganti untuk dirimu,

Dan kisah ku yang masih panjang,menambahkan berat yang memandang, kuputuskan kuteruskan kisah cinta ini,pernah kah kau merasakan berada di tempat ku,merasakan segalanya yang ku rasakan.rasa sakit dan pedih di dalam hati.andai kau dan aku di dunia ini.kan ku berikan segalanya kepadamu,kan ku menjaga dirimu.tak ingin melihat dirimu sedih dan sakit di mataku.aku akan membuat yang terbaik untuk dirimu,biarkan aku yang merasakan sakit pada dirimu,kerna ingin dirimu sentiasa gembira bersamaku.kau adalah mimpi indah dalam mimpi burukku..

2 comments:

emy yusoff said...

cedihnyerrrrr....u ckp pasl diri u ke?huhuhuhu

amri86 said...

bia la u
menda dh jadi
mls pk dh
huaa.....